Masjid al-Dhirar (
Bahasa Arab: مسجد الضرار), juga dirujuk sebagai
Masjid Munafiq atau
Masjid Pencabulan ialah sebuah masjid yang dibina oleh penduduk Madinah yang didirikan berhampiran Masjid Quba. Masjid tersebut pada mulanya diperakui oleh baginda Nabi Muhammad
semasa dalam perjalanan untuk Perang Tabuk tetapi selepas kepulangan baginda, baginda mengarahkan kemusnahan masjid tersebut. Peristiwa ini berlaku pada Oktober 630 Masihi
[1]. Dalam riwayat umum kebanyakan ulama dan para sarjana, masjid ini dibina oleh dua belas orang munafik dari golongan Ansar atas arahan Abu 'Amir al-Rahib; rahib Kristian yang enggan menerima ajakan Nabi Muhammad
kepada Islam malah turut bertarung bersama Musyrikin Makkah menentang Islam dalam
Peperangan Uhud.
[2] Abu 'Amir dilaporkan turut menyuruh mereka itu membina kubu dan menyediakan apa sahaja dari segi kekuatan ataupun senjata-senjata seperti yang dijanjikannya dan meyakinkan mereka bahawa dia akan membawa tentera, disokong oleh
Heraclius, untuk melawan Muhammad
dan
sahabat baginda dan menghalau mereka dari
Madinah.
[3] Ahmad ibn Yahya al-Baladhuri turut meriwayatkan yang golongan ini, yang membina masjid Al-Dhirar "dengan tujuan membahayakan, dan kemungkaran serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman" enggan bersembahyang di
Masjid Quba dan mendakwa masjid itu dibina di tempat keldai pernah ditambat.
[4]Nabi Muhammad
bersedia untuk ke masjid itu, sebelum baginda dihalang oleh wahyu tentang kemunafikan dan niat jahat pembina masjid tersebut
[5]. Baginda dan sahabat baginda percaya mereka adalah kaum munafiq dan mempunyai agenda jahat dalam pembinaan Masjid Dhirar. Maka, baginda mengarahkan orang-orang baginda meruntuh dan membakar masjid tersebut.
[3][6]Menurut sejarah Islam, Nabi Muhammad
diminta untuk bersolat di situ sebagai tanda pengakuan dan perasmian masjid tersebut tetapi menerima wahyu (disebut di dalam Al-Quran Surah At-Taubah ayat 107 dan 110
[7][8][9]) yang menyebabkan masjid tersebut dimusnahkan. Disebabkan itu, masjid tersebut turut dikenali sebagai
Masjid Pembangkang.Menurut Syeikh Dr Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthy dalam "Fiqhus Sirah", kisah masjid ini merupakan puncak tipu daya orang-orang munafiq kepada Nabi Muhammad
, maka, baginda terus mengambil tindakan tegas berdasarkan wahyu dari Allah.